Isnin, 15 Julai 2013

Pengalaman berniaga di pasar sebenarnya telah aku lalui ketika umur tujuh tahun walaupun hanya sehari aku diajak berniaga kain oleh bulekku di Kota Demak. Almarhum Mbah Demak tak beri Izin, katanya aku berasal dari keluarga priyayi,tempatku bukan dipasar,jadi aku nurut saja. Menginjak Sekolah menengah aku belajar berniaga kain dengan mengambil kain batik dipabriknya bu surti Pekalongan, Mas Yakub Firdaus Kakangku ajakku bertemu ibu Surti dan mengajarku kulakan batik ( ambil stok Batik), kemudian Mbak Titik Hamdan { mamanya Zuldan Karamy }mengajak dan mengajarku jualan batik dari rumah ke rumah,selain itu dia juga rajin ngajak jualan makanan di kantor suaminya. Hobinya yg suka makan rujak rumpai laut dan rujak pace ( mengkudu) membuatnya masih cantik dan ayu meskipun usianya sekarang dah mencecah 55 th. Sampailah masaku menikah dengan Dato' Rusly Abdullah suamiku yang banyak mengajarku hidup dialam reality,Awal pernikahan aku tinggal di bangunan 2 tingkat yg merupakan kilang Burger,singkat cerita kilang burger bankrupt ( boleh baca "buku Petunjuk Jalan Kekayaan"). Lepas tu pindahlah semua barng2 kilang ke kampung gesir tengah ( Yang sekarang merupakan kampus ITKAU) dan suamiku mempunyai aktivity baru Yang mana setiap pagi hingga petang berniaga dari pasar malam sampailah kepasar tani. Genap 6 bulan menikah beliau membuka satu warung makan nasi padang dengan menyewa gerai. Tak sampai 3 bulan empunya Gerai tsb ambil balik sewaannya. Kami terpaksa pindah dan jualan nasi lemak di Kampung Gedangsa. Dalam sibuk niaga nasi lemak itu,anakku Mutiara Rusly yg baru berumur 5bulan terpaksa masuk Hospital IJN ( Institut Jantung Negara). Ditengah2 kesusahan yang memaksa suamiku berulang alik dari kampung ke Kuala Lumpur Dan dalam keadaan tiada duit dalam poket Doktor memberitahu kami yg kami harus membayar pembedahan anak kami sebanyak rm15.000. Bayangkanlah masa itu hanya Allah yg tahu keperitan yg ditanggung suamiku dalam menghadapi ujian yg begitu berat ini. Tidak cukup itu saja kesusahan yg kami hadapi, Perbezaan layanan yang diberikan hospital IJN anatara pasien yg miskin dan dhoif seperti kami sangat berbeda berbanding pasien yg mampu dan bekerja dengan kerajaan.Kenapa anak saya dilayan berbeza? Waktu mahu balik kerumah untuk pemeriksaan akhir, datang dua orang lelaki memakai baju lengan putih lengan panjang dan berseluar panjang hitam dan memakai tai (dasi) warna hitam( aku tdk tahu doktor atau bukan) tapi yang pastinya mereka menghulurkan alat bantuan oksigen untuk anakku,tapi bila salah seorang dari mereka melihat record anakku dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mereka menarik balik alat tersebut dan anakku Mutiara tidak jadidiberikan oksigen. Terkejut dan sakit hatipun ada bila kami diperlakukan sedemikian. Apa salah anak saya? Adakah dia dari keluarga tak mampu makanya tidak dapat layanan yg sama dengan mereka yang mampu??? ,Apapun alhamdulillah di Hospital saya dilayan baik oleh kawan2 yg senasib yg anaknya kena bedah jantung. Di IJN ini aku bertemu seorang wanita yg merupakan isteri pegawai tinggi kerajaan ( berasal dari Perlis) yang sangat mesra dan peramah. Dia langsung tidak membezakan antara aku dan kawan2 yg lain yang jelasnya merupakan warga negara Malaysia. Dan kawan2 yang lainpun saling memberi dan meluahkan cerita hidup masing2. Ya dalam duka di IJN ini terselit sedikit keriangan kerana dapat mengenal mereka penduduk Malaysia berbagai bangsa yg mempunyai bermcam cerita rencah kehidupan.Dokter2 yang aku temuipun pun mesra2 belaka, hanya perbezaan 2derajat yang berbeza yang membezakan layanan yang kami terima sebagai rakyat miskin. Dua minggu selepas pembedahan anakku,dengan sebahagian bantuan Badan Kebajikan Masyarakat Kami dibenarkan pulang kerumah. Dan alhamdulillah beransur2 kesehatan anakku pulih semula. Sebelum balik ketika beratur bayar kos rawatan anakku Mutiara, ada kawanku yg suaminya bekerja sebagai pelukis jalanan di KL Central ditahan oleh pihak Hospital kerana belum melunaskan bayaran keseluruhannya. Mereka terpaksa mengeluarkan isi dompetnya dan menunjukkan kesemuanya kepada kerani kaunter IJN. Dan aku lihat dia megeluarkan seluruh duit yg ada dalam dompet tersebut hingga ludes ( kosong). Sampai di pintu Luar aku bertanya, Kak Umi bagaimana mau balik,bayar ongkos taksi kalau nggak ada duit langsung? Diapun senyum, Jangan takut dik kami masih ada sedikit duit poket yg kami sorokkan dalam kasut suami. Oooh,akupun senyum sama. Begitulah nasib kami yg tidak berduit masa di IJN dulu. Balik ke rumah 4 bulan kemudian aku terpaksa pindah lagi ke Slim River Perak kerana suamiku mengambil bidaan Restoran dan rumah rehat di Slim River. Di negeri Perak ini banyak memberi pengajaran hidup padaku untuk mengenal "Siapa diriaku sebenarnya?". Disinilah aku mengenal isteri ADO Slim River yang banyak memberi tunjuk ajar aku tentang budaya Malaysia dan bagaimana mengenal dan melayan orang ramai, Aku tak Ingat namanya,yang aku ingat dia wanita budiman yg tidak memandang rendah sedikitpun padaku meskipun dia tahu aku hanyalah perempuan jawa Indonesia yang baru memijak kaki di bumi Malaysia. Yah,mengenal isteri ADO tsb memberiku pelajaran yg berharga bahwa tidak semua wanita Malaysia memandang rendah pendatang halal sepertiku, apalagi statusnya yg tinggi dan dihormati masyarakat tidak membuatnya meremehkan orang lain sepertimana aku mengenal beberapa wanita kampung yang hanya memandang sebelah mata bila tahu statusku sebagai pendatang halal. Lama juga aku tinggal di Rest House Slim River dan menjumpai berbagai macam character manusia yang datang menyewa bilik dan makan di restoran. Suka dan duka datang silih berganti seiring berjalannya masa berlalu dengan cepat. Kini anakku Mutiara Rusly dan Shafira Rusly yang dulu pernah merasa duduk tinggal di Rest House Slim River telah dewasa dan kini mereka dapat menolong sebahagian kerja2 di Restoran Bapaknya di Chefli's Tradrers Restaurant. Ya Allah berikanlah kebahagiaan dan kejayaan pada mereka yang banyak membantuku dalam mengharungi hidup di bumi bertuah ini. Amiin.

0 ulasan:

Catat Ulasan