POLIGAMI BUKAN UNTUK GURAUAN DAN DIPERSENDAKAN.POLIGAMI ADALAH UNTUK DI PRAKTISKAN

Khamis, 13 September 2012

Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni’mat Allah ?” Surah An Nahl : Ayat 72 Poligami ialah perkahwinan di antara seorang laki-laki dengan lebih dari seorang wanita. Lawannya ialah poliandri , iaitu perkawinan antara seorang perempuan dengan beberapa orang laki-laki. Poligami berasal dari bahasa Inggeris ‘Polygamy’ sama dengan poligini , yaitu mengahwini beberapa wanita dalam waktu yang sama.Para orientalis barat menuduh bahwa poligami merupakan produk ajaran Islam yang zalim. Mereka bertujuan menghina ajaran Islam, mereka sengaja mengemukakan sisi sisi negatif poligami yang jelas tidak wujud tetapi diada adakan. Misalnya mereka mengatakan poligami adalah satu bentuk kezaliman dan penganiayaan terhadap kaum wanita. Padahal tamadun mereka yang bermula di Romawilah yang paling dasyat dalam menzalimi dan menganiayai kaum wanita. Hakikatnya, poligami sudah lama diamalkan oleh manusia – sebelum kedatangan Islam lagi. Agama Yahudi sendiri memperbolehkan poligami dengan bilangan tidak terbatas. Justru syariat Islam lebih tersusun dalam mengatur poligami dengan sejumlah syarat tertentu. Saya pernah mengikuti satu program forum tentang poligami di sebuah saluran TV popular – semua mereka yang di atas pentas, baik pengerusi forum dan ahli2 panelnya – yang kononya mewakili NGO itu dan NGO BUKAN terdiri mereka yang mengamalkan poligami. Sebaliknya hanya pengamal akademik atau pengamal undang undang (Nikah-cerai). Bercakap berapi api dan berdegar-degar tentang poligami. Aneh.. orang orang tidak menjalani hidup berpoligami hendak MENJUARAI isu poligami. Percakapan dan pandangan mereka hanyalah bersifat ILMIAH – yang hanya bersandarkan andaian d
an hipotesis semata. Langsung tidak relevan dengan praktik kehidupan poligami sebenar. Tambah menyakitkan hati, forum itu itu diselang seli dengan SENDA-GURAU yang meremehkan dan memperlekehkan poligami dan pengamal poligami. Poligami hanya dilihat pada sisi negatifnya sahaja. Wajah sebenar poligami yang INDAH itu diconteng dengan warna-warna hodoh oleh mereka yang berminda hodoh itu. Isu poligami telah dicemari oleh kedangkalan dan kecetekan pengetahuan mereka yang sebenarnya tidak berhak bercakap tentang poligami. Rasulullah SAW bercakap tentang poligami kerana baginda sendiri seorang pengamal poligami.Parasahabat Umar, Usman, Ali dan ramai para sahabat Rasulullah SAW yang lain, kesemuanya adalah pengamal poligami maka layaklah mereka bercakap di khalayak tentang poligami. Saya nak mengingatkan para TUKANG CAKAP (lebih rendah darjatnya berbanding jurucakap) di luarsana– tolong jangan cakap benda yang anda sendiri tak berani dan tak mampu bikin! Sebab kalau kamu DEGIL nak bercakap juga… kata kata kamu itu akan dipenuhi dengan kesalahan, kejanggalan dan kedangkalan. Impaknya hanya menyinggung dan menyakitkan hati para pengamal poligami yang TULEN. Janganlah kita mengejek keburukan orang lain… entah entah yang kamu ejek itu lebih taqwa berbanding kamu di sisi Allah SWT. Ahli ahli panel wanita yang bercakap tu tak bertudung pun. Ahli panel lelakinya kita sangsi entah solat entahkan tidak. Waallahu ‘alam. Kehangatan perbahasan tentang poligami di MEDIA sekarang ini sebenarnya bukanlah lahir dari keikhlasan untuk mencapai tujuan yang murni dan tulen. Ianya hanyalah untuk tujuan PROVOKASI dan SENSASI demi melariskan sesuatu saluran TV, akhbar atau majalah.Paraustaz gila glamour, para ustazah yang ketagih publisiti, para ahli politik yang mencari polemic dan para pemimpin yang gila podium tolonglah jangan bermain-main dengan isu POLIGAMI ini. Ini soal hokum! Tolong jangan cuba menjadi juara poligami kalau kalian sendiri tidak berpoligami ataudipoligamikan. AIR TANGAN AYAH SATU TERAPHY. ramai yang bertanya …. samaada saya mempunyai sebarang petua atau rahsia untuk menjadikan anak anak taat, mendengar kata dan cemerlang dalam hidup? saya heran juga… kenapa tanya saya bab anak cemerlang. saya rasa yang layak jawab hal rahsia anak cemerlang ni dua orang kawan saya iaitu – Dr Shukri Abdullah dan Dato’ Dr Mohd Fadzillah Kamsah. kata mereka…. tentang Dato’ Rusly ini kami nak tau juga sebab Dato’ ada 18 orang anak (dari tiga orang ibu)… tapi nampak anak anak mesra sesama sendiri… mendengar kata… dan akademik mereka boleh tahan. semua masuk IPTA setelah tamat SPM (tujuh orang). ada ambil bidang chef, ada bakal doktor, designer dan dua orang fakulti undang-undang UIA. saya setujulah bagi tips serba sedikit… kerana, anak anak saya bukan anak anak genius yang cerdas luar biasa. bahkan mereka semua tak menyerlah waktu UPSR dan PMR. semua masuk sekolah biasa-biasa sahaja…. tapi alhamdulillah mereka mampu meraih kejayaan luar biasa. baik, saya mulakan artikel saya dengan mengimbau peranan seorang ibu dan bapa. Setiap bapa, sebagai seorang ketua keluarga bukan hanya bertanggung jawab mencari nafkah untuk menyara kehidupan ahli keluarganya. Itu baru peranan di dunia. Apa yang lebih penting ialah seorang bapa mesti menyelamatkan ahli keluarganya daripada api neraka. Ertinya peranan bapa amat besar – dari dunia samapailah ke akhirat. Selain seorang bapa itu bertanggung-jawab memberi makan dan minum yang mencukupi untuk familinya, ia juga mesti memastikan makanan dan minuman itu halal dan baik (Halalan thoyyiban). Hukum halal bagi makanan ada dua, pertama makanan yang dihasilkan dari bahan yang suci dan tidak subhat. Kedua, makanan yang dibeli dengan wang dari sumber halal. Makanan halal yang dibeli menggunakan wang haram misalnya wang curi atau wang judi atau wang rasuah, maka makanan itu jadi haram. Maka setiap ketua keluarga mesti mempastikan, makanan dan minuman yang dimakan oleh ahlinya, bukan sekadar membolehkan mereka survive di dunia bahkan juga survive di akhirat yakni selamat dari api neraka. Justru itu, wajarlah diinsafi, sebelum faktor air tangan ibu yang menyedapkan hidangan itu berfungsi, faktor air tangan ayah yang memerah keringat untuk mendapatkan sesuap nasi yang halalan lagi thoyyiban itu mesti juga diinsafi. Satu lagi tugas tambahan yang seorang bapa boleh lakukan dan akan mendatangkan manfaat yang amat besar ialah memasak untuk keluarganya. Konsep air tangan ayah ini kurang dimengerti jauh sekali dipraktikkan sekarang ini. Sang bapa bukan sahaja berperanan s mencari nafkah, bahkan juga para ayah digalakkan memasakkan makanan untuk keluarganya – tentulah bukan setiap. Itulah yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Percayalah                                                                                                                  
               AIR TANGAN AYAH adalah satu terapi zahir dan bathin untuk familinya. Apa bila seorang bapa memasak untuk keluarganya bermakna air tangan ayah terpancar ke hidangan yang akan dinikmati oleh isteri dan anak anak. Doa makan bukanlah ketika hendak menjamah hidangan. Doa makan boleh bermula dari waktu menyiang, membersih dan memasak makanan itu lagi. Paling afdhal jika Si Bapa sendiri yang memasak dan mendoakan masakannya. Ini akan menjadi satu terapi yang mengandung 1000 hikmah. Rahsia ini yakni terapi masakan bapa tidak diketahui ramai kerana tidak ramai bapa yang suka atau bangga jika kisahnya masuk dapur dan memasak untuk keluarga diketahui masyarakat. Saya myaasih ingat, ayah saya adalah seorang bapa yang rajin memasak untuk keluarganya. Walaupun bapa sa bukan seorang yang alim dan kurang mentarbiyah anak anaknya dalam agama, namun semua adik beradik penulis terdidik dan terjaga. Tiada seorang pun yang terjebak dengan gejala sosial. Maka kini saya sendiri sering memasak untuk anak anak saya. manfaatnya saya rasa cukup banyak. selain isteri saya secara istiqamah memberikan urutan minda kepada anak anak, saya pula sering memasak dan menghidang resepi kecerdasan untuk famili saya. tujuh orang saya berjaya masuk IPTA, tiga orang telah graduate B.Sc (Hons), Hotel & Catering UiTM – seorang telah membuka restoran sendiri, dua orang menjadi tenaga pengajar ITKAU, seorang dalam tahun lima Fakulti Perubatan USIM, dua orang Fakulti Undang Undang UIA dan seorang masih menuntut di UiTM bidang Art & Design. walhalnya, kebanyakan anak anak saya tidak menyerlah sewaktu di sekolah rendah. kebanyakannya mendapat nombor 20 – 30 dalam kelas. tetapi dengan kesabaran saya dan isteri-isteri saya menggunakan terapi urutan minda dan air tangan ayah, anak saya dapat menyerlah di peringkat SPM ada yang dapat 8A dan 10 A! Justru, mereka yang berminat dengan TERAPI urutan minda dan Air Tangan Ayah ini, eloklah datang berkursus dengan saya. sILA CONTACT 0133319624.0134766808 ( pETIKAN TULISAN DATO' DR RUSLY ABDULLAH )

1 ulasan:

Catat Ulasan