PANDUAN MEMBINA KELUARGA BAHAGIA DAN POLIGAMI

Khamis, 1 November 2012


             PANDUAN MEMBINA KELUARGA POLIGAMI.                                                         Kenapakah poligami terus ditentang dan dibangkang? Perbahasan mengenai poligami tidak pernah reda. Dari dahulu hingga sekarang ... ia dibahaskan terus sehingga poligami menjadi seolah-olah satu gejala masyarakat yang mesti banteras hingga tuntas. Ada kedengaran kata kata humoris seorang isteri “Aku lebih rela mendengar berita suami aksiden dari mendengar berita suami kahwin lain”. Benarkah poligami ini suatu gejala? Suatu yang wajar ditentang dan dibanteras habis habisan. Teruk sangatkah kehidupan keluarga-keluarga poligami?
Adakah sebarang statistik membuktikan bahawa anak anak remaja yang rosak... seperti yang merempit, yang meragut, pecah rumah dan menagih dadah itu semuanya datang dari keluarga poligami? Atau, betulkah lelaki - lelaki yang berpoligami ini adalah lelaki gila seks, pantang tengok dahi licin, dalam fikiran mereka tak ada benda lain.... nak kahwin, nak kahwin. Dah kahwin tak bertanggung jawab pula...rumah tangga tunggang langgang... porak peranda... anak anak bercempera... betul ke?
Kenapa poligami tidak dilihat dengan kepala terang, hati tenang dan dada lapang? Lihatlah secara adil dan saksama. Buat kajian, buat analisa... dapatkan maklumat terus dari pengamal poligami sendiri (Polygamist), dapatkan maklum balas dari isteri-isteri mereka, anak anak mereka dan menantu menantu mereka. Bukan tanya pada orang yang bias dan berfikiran sempit.
Saya selama ini mendiamkan diri dari bersuara walaupun saya adalah seorang pengamal poligami selama lebih dari 20 tahun. Namun sudah tibalah masanya untuk saya ikut berbicara. Turut menyuarakan pandangan berkaitan isu polygamy ini. Pandangan yang bersandar kepada pengalaman realiti saya sendiri.
 Alhamdulillah, tiga orang isteri saya telah melahirkan 18 orang anak anak yang taat dan mudah dipelihara. 10 dari anak-anak saya berjaya masuk IPTA, 8 lagi  sekolah rendah dan menengah. Tiga orang anak saya sudah tamat bidang Hotel & Catering UiTM, dua orang masih menuntut di fakulti undang undang UiAM, seorang Art & Design UiTM dan seorang  doktor perubatan yang belajar di USIMdan berhidmat di Hospital Sungai Buluh. Hubungan anak anak saya sesama mereka amat baik. Isteri-isteri saya boleh duduk makan semeja dan berjalan sekereta. Tanpa mengenepikan adanya perasaan normal seorang insan seperti cemburu, terasa hati, ingin lebih disayangi, lebih diperhatikan dll, sebenarnya banyak nilai murni dan harmoni dapat dipupuk di kalangan isteri-isteri yang berkongsi suami atau di kalangan anak anak yang lahir dalam keluarga poligami. Asalkan semua yang terlibat berlapang dada, pasrah kepada ketentuan Allah dan berazam untuk mencapai yang terbaik biar bagaimana pun situasi dan kondisi kehidupan yang dicorakkan oleh suami sebagai ketua keluarga.
Urusetia
Kami dari tiga keluarga dalam satu keluarga poligami, sepakat untuk membina satu modul khas yang dinamakan Modul Pembangunan Keluarga Poligami (PKP). Modul  ini dibangunkan bukanlah untuk MENGGURUI sesiapa. Bukan untuk menggalakkan para suami agar berpoligami. Modul PKP dengan thema Poligami Itu Indah ini janganlah di salah anggap... ini bukanlah suatu kempen pengalakkan poligami. Ini juga bukan satu gagasan membela atau melindungi para suami poligamist.
Peperangan dan konflik sesama negara Islam, antara mazhab Islam, antara parti orang Islam, antara jamaah dan pertubuhan Islam, antara suami isteri dan adik beradik muslim terus berlaku tiada penghujung. Keadaan kian memburuk bukan kian membaik. Persengketaan yang berterusan membawa banyak kemusnahan dan akhirnya, seperti yang kita lihat sendiri sekarang – umat Islam menjadi semakin lemah, hina dina dan bergantung kepada kaum kuffar untuk survival. Impak dari konspirasi yahudi dan nasrani yang mencatur segala hal politik, soasial dan ekonomi Negara Negara Islam sesuka hati mereka. Mereka mempergunakan umat Islam dalam Negara Islam sendiri sebagai talibarut dan agen agen jahat mereka. Atas nama demokrasi lihatlah apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Mesir, Libya, Syria dan Somalia. Saya nak bertanya, siapa boleh jamin, jika poligami berjaya dihapuskan dari muka bumi ini dan ia pupus dari amalan hidup muslim adakah segala bentuk peperangan dan konflik itu akan berhenti? Jelas semakin kita melanggar hukum Allah maka semakin azablah kehidupan kita.
Pembinaan modul Pembangunan Keluarga Poligami – Poligami Itu Indah, ia akan mendatangkan manfaat yang banyak kepada semua pihak. Tiada isteri atau anak anak yang mengimpikan suami  atau ayah mereka berpoligami. Namun apabila ia sudah terjadi janganlah ia menjadi tragedi malang. Sebaliknya tuailah hikmah dari taman poligami yang harum dan indah.
Jangan terus melontarkan segala kesalahan kepada para suami poligami, mungkin dia sebenarnya tidak pernah merancang, namun apabila kesempatan datang, hati tidak mampu menolak diri pula mempunyai kemampuan maka terbinalah ikatan yang diperbolehkan oleh syarak. Patutkah dia terus disisihkan dan dipandang serong. Dihamburi kata kata sinis dan kritikan sehingga sang suami @ ayah merasa serba salah dan hidup tertekan. Tidak mungkin sesuatu itu terjadi jika tidak dengan izin dan kehendak ILAHI.
Modul PKP ini insyaallah akan memberikan ilmu dan kemahiran tambahan kepada keluarga poligami, baik suami, isteri isteri dan anak anak untuk menjalani hidup normal dan cemerlang dalam segala aspek. Modul PKP ini bukanlah berkonsepkan ‘Kursus Perkahwinan’. Ia tidak menekankan hukum hakam berkaitan fiqhul munakahat. Sebaliknya ia mengandungi pakej seperti berikut;
1.       Motivasi khas keluarga poligami – transformasi keluarga menuju kecemerlangan
2.       Khemah ibadah anak anak keluarga poligami
3.       Kem motivasi anak anak keluarga poligami
4.       Ilmu menambah nilai diri (dengan kemahiran pilihan) untuk isteri isteri yang dimadukan.
5.       Ilmu TNSB – tambah nilai sumber bahan sebagai asas keusahawanan
6.       Kemahiran keusahawanan berpangkalan di rumah (home base business)
7.       Kursus pengeluaran makanan untuk gerai dan penjajaan
8.       Kursus hasilan bakeri
9.       Kursus kek, biskut dan cookies
10.   Kursus masakan komersial – nasi ayam, nasi lemak, nasi briyani, masakan panas, masakan China,     western dan kueh mueh tradisi.
11   Kursus urutan minda
12.   Kursus akupuntur                                                                                                                                                                                                   
13.   Kursus acupressure
14.   Kursus pemasaran dan penjualan                                                                             
15.   Kursus pengurusan kewangan keluarga dan penabungan
16.   Kursus pengurusan bisnes kecil
17.   Kursus menangani stress suami, isteri dan anak anak poligami.

Pelbagai sub-modules telah dirangka bagi mendokong core modules yang khusus untuk membina keluarga poligami. Masyarakat  tentunya akan teruja dengan tercetusnya gagasan khas untuk keluarga poligami ini. Apa yang menarik ialah hampir kesemua tenaga pengajar, mentor, fasilitator bagi modul di atas adalah terdiri dari individu yang datang dari keluarga poligami. Selamat berkursus dan selamat menjalani transformasi keluarga poligami yang cemerlang.
Kami dengan segala rendah hati, memohon sokongan dan dokongan dari masyarakat Islam Malaysia – agar menanggapi gagasan ini secara positif dan lapang dada. Jauh sekali kami mengharapkan kontroversi kerana daripada isu poligami terus dibicarakan dan dibahaskan secara robust ada lebih baik jikalau ia ditangani secara profesional dan ikhlas. Mungkin ramai yang tidak sadar, pembahasan tentang poligami secara melulu telah menyinggung dan melukakan hati banyak pihak terutama ahli keluarga poligami itu sendiri. Betapa ramai anak anak poligami yang disindir, dipersenda dan diperli oleh kawan kawan dan guru guru di sekolah. Ini telah memberikan tekanan yang bukan sedikit kepada mereka. 
Berpoligami  hukumnya adalah sunnah bagi yang mampu, pertama ia adalah bersandar kepada firman Allah SWT yang bermaksud;
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” [An-Nisa : 3]
Kedua, ia bersandar kepada teladan dari Rasullullah SAW sendiri dimana baginda menikahi sembilan orang wanita dan dengan mereka Allah memberikan manfaat besar bagi ummat Menikah dengan sembilan orang  istri dalam satu masa adalah khusus bagi baginda Rasulullah SAW, sedang bagi kita umatnya, hanya dibolehkan berpoligami dengan tidak lebih dari empat istri.
Berpoligami itu mendatangkan banyak manfaat yang sangat besar bagi kaum laki-laki, kaum wanita dan Ummat Islam secara keseluruhan. Sebab, dengan berpoligami dapat dicapai faedah faedah dan kebaikan kepada semua pihak iaitu:
i.                     Tunduknya pandangan (ghaddul bashar)
ii.                   Terpeliharanya kehormatan
iii.                  Berambahnya keturunan dari segi kuantiti mahu pun kualiti
iv.                 Kepimpinan sang suami dapat melindungi isteri isteri dari pelbagai ancaman zahir mahu pun bathin.
v.                   Melahir dan membina komuniti muslim yang berasaskan hubungan keluarga yang erat dan kuat.
vi.                 Menjadi wadah tarbiyah membina ilmu, kemahiran dan sahsiah Islam di kalangan anak anak.
vii.                Menjadi tapak (wadah) membangun perniagaan milik keluarga.
Andai kata, seseorang lelaki itu tidak mampu berpoligami kerana takut tidak dapat berlaku adil, maka hendaknya cukuplah kahwin dengan seorang isteri sahaja, karena Allah berfirman “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja”.
[An-Nisa : 3]
Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang saja” [An-Nisa : 3]
Dan dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu) walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian” [An-Nisa : 129]
Dalam ayat yang pertama kita disyaratkan agar adil namun dalam ayat yang kedua kita ditegaskan bahawa untuk bersikap adil itu sebenarnya hampir MUSTAHIL. Apakah ayat yang pertama dinasakh (dihapus hukumnya) oleh ayat yang kedua yang berarti tidak boleh menikah kecuali hanya satu saja, sebab sikap adil tidak mungkin dapat dicapai oleh lelaki muslim awam?
Berkenaan perkara ini, Syaikh bin Baz mengatakan [Fatwa Mar'ah. 2/62] :
 Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara istri-istri (mu) walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian” [An-Nisa : 129]
Oleh sebab itu ada sebuah hadits dari Aisyah Radhiallahu ‘anha yang berbunyi bahawasanya Rasulullah SAW telah membahagi giliran di antara para isterinya secara adil, lalu mengadu kepada Allah SWT dalam do’a:
“Ya Allah inilah pembahagian giliran yang mampu aku penuhi dan janganlah Engkau mencela apa yang tidak mampu aku lakukan
(Hadits Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)
Syaikh bin Baz mengatakan [Fatwa Ibnu Baz : dalam Al-Arabiyah, edisi 168] : Andaikata seorang lelaki muslim mahu menikah lagi, maka bolehlah dia menikah lagi untuk yang kedua, ketiga dan keempat sesuai dengan kemampuan lahir dan bathinnya tanpa perlu meminta izin dari isteri-isteri yang lain. Itu untuk menjaga kesucian kehormatan dan pandangan matanya. Apa yang wajib baginya ialah berlaku adil (semampunya),
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kahwinlah dengan wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang saja” [An-Nisa : 3]        
Rasulullah SAW bersabda “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai keupayaan, maka berkahwinlah, kerana bernikah itu lebih menundukkan pandangan mata dan lebih memelihara kesucian farji ; dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, karena puasa dapat menjadi benteng pengekang nafsu baginya” [Muttafaqin ‘Alaih]
Berkahwin lebih dari satu juga dapat  memperbanyakkan umat, sedangkan Syariat Islam memang menganjurkan memperbanyakkan anak dan keturunan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
 Kahwinilah wanita-wanita yang penuh kasih sayang lagi subur (banyak anak), karena sesungguhnya aku akan menyaingi umat-umat yang lain dengan bilangan kalian pada hari kiamat kelak” [Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban]            
Tidak dibenarkan oleh agama Islam bagi seorang isteri itu menghalang-halangi suaminya yang berhasrat menikah lagi dan bahkan seharusnya mengizinkannya dan mendoakannya. Berikan dorongan kepada suami agar berlaku adil semaksima mungkin dalam hal melaksanakan apa yang menjadi kewajibannya terhadap isteri-isteri dan anak anaknya. Semua hal diatas adalah merupakan bentuk saling tolong menolong di dalam kebaikan dan ketaqwaan.
Allah SWT telah berfirman “Dan saling tolong menolong kamu di dalam kebajikan dan taqwa” [Al-Maidah : 2]
Rasulullah SAW “Dan Allah akan menolong seorang hamba selagi ia suka menolong saudaranya” [Riwayat Imam Muslim]
Setiap suami adalah seorang saudara seiman bagi isterinya dan setiap isteri  adalah saudara seiman bagi suaminya. Maka amatlah dituntut keatas kedua-duanya agar saling tolong menolong di dalam kebaikan dan kebajikan. Dalam sebuah hadits yang muttafaq ‘alaih bersumber dari Ibnu Umar RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda,
Barangsiapa yang menunaikan keperluan saudaranya, niscaya Allah menunaikan keperluannya”
Suatu perkara lagi yang sering menjadi kekeliruan umat Islam kini ialah seolah olah ada hukum atau syarat dari fiqhul munakahat bahawa bagi mana mana suami yang ingin berkahwin lagi mestilah mendapat keizinan dari isterinya terlebih dahulu. Sebenarnya tidak ada. Jika ada itu adalah penguat-kuasaan oleh pihak berkuasa agama bagi negeri-negeri tertentu yang dienakmenkan bagi kepentingan anak isteri yang mungkin terjejas impaks dari poligami sang suami.
Tujuan pihak berkuasa agama menguat-kuasakan undang undang dan peraturan tertentu dalam hal poligami bukanlah untuk menafikan hak suami untuk berpoligami. Mereka mempunyai tujuan yang murni yakni untuk menjaga kesucian poligami itu sendiri. Ini mempertimbangkan dari banyaknya para suami yang tidak sedar diri dan lupa siapa dirinya. Sesetengah suami itu, untuk mempunyai seorang isteri pun tidak layak inikan pula hendak berpoligami. Siapa yang TIDAK LAYAK berpoligami?
·         Tidak solat lima waktu dan tidak menyempurnakan rukun-rukun Islam yang lain
·         Pelaku dosa – dosa besar seperti (Berhala, judi, zina dan membunuh)
·         Tidak mempunyai pengetahuan agama yang mencukupi
·         Tidak mempunyai kestabilan ekonomi atau pendapatan tak menentu
·         Berpenyakit yang berbahaya
·         Penagih dadah dan arak
·         Profesion atau kerjayanya bersubhat dengan jenayah, penipuan dan pemerasan 
·         Orang yang bermoral rendah w/p tidak melakukan dosa besar seperti idak jujur, tidak amanah dan  pemakan rasuah
·         Mati pucuk atau tiada keupayaan seksual
·         Perengus, panas baran dan kaki pukul

DAN SIAPAKAH YANG LAYAK POLIGAMI???

·         Menjalankan semua kewajiban sebagai seorang muslim yang patuh bahkan memerintahkan semua isteri dan anak anaknya agar mematuhi perintah Allah dan rasulnya
·         Mematuhi rukun iman dan rukun Islam semaksimanya
·         Mempunyai pengetahuan agama bahkan sentiasa berusaha menambahkan ilmunya
·         Mempunyai sumber pendapatan yang stabil, kukuh ekonomi yakni berpendapatan tetap yang cukup untuk menyara seluruh tanggungannya.
·         Sihat zahir dan bathin dan bebas dari sebarang penyakit yang berbahaya
·         Bebas dari penagihan dadah dan arak
·         Menjalankan profesion atau kerjaya yang murni. 
·         Orang yang bermoral tinggi jujur, amanah dan  bukan pemakan rasuah
·         Seorang lembut, lapang dada dan penyabar
·         Boleh memimpin, membimbing dan mendidik isteri isteri dan anak anaknya menjadi muslim yang baik.
·         Cerdik, cerdas lagi bijak sana
·         Pandai berdandan untuk suami
·         Taat dan patuh pada suami
·         Menjaga harta dan kehurmatan suami
·         Baik budi bahasa
·         Menghurmati ibu dan bapa mertua
·         Tidak suka mengumpat atau mengata
·         Rajin beribadah, taat kepada Allah dan RasulNya.
·         Penuh limpahan kasih dan sayang
·         Sihat dan subur
·         Pandai menyusun atur rumah tangga
·         Mempunyai kemahiran memasak atau memproses makanan halalan dan thoyyiban untuk keluarganya
·         Dermawan kepada sanak saudara dengan izin suami



Kecantikan adalah satu anugerah dari Allah SWT, kecantikan akan lebih terserlah apabila dipakejkan dengan akhlak yang baik seperti nilai-nilai kualiti yang tersenarai di atas. Kecantikan juga merupakan satu asset yang amat bernilai jika dimanfaat dengan betul.
Wanita solehah adalah untuk lelaki soleh. Wanita penzina adalah untuk lelaki penzina juga. Kerana tidak akan berlaku perzinaan sehingga bertemuanya dua ahli zina. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Hanyalah Islam yang memberikan penarafan yang tinggi terhadap wanita.
Kaum wanita sebelum kerasulan Rasulullah S.a.w , dianggap makhluk tidak berdarjat lagi tidak berguna kecuali untuk memelihara keturunan dan mengatur rumahtangga. Apabila isteri melahirkan anak yang tidak cantik mereka pun membunuhnya. Wanita yang ‘subur’ dipinjam oleh lelaki (bukan suaminya) untuk melahirkan anak. Di barat di masa peradaban Latin, wanita hanya melayani cinta dan hawa nafsu.
Ahli falsafah Greek Aristotles  berpandangan tidak baik terhadap kaum wanita. Dalam pandangannya, wanita adalah manusia yang penuh dengan kelemahan dan serba kekurangan. Kehidupan dalam rumahtangga hanyalah kehidupan impian dan adalah silap untuk menyamakan kedudukan wanita setaraf dengan laki-laki. Menurut Plato, keberanian laki-laki adalah dalam kepimpinan dan keberanian wanita adalah dalam melakukan pekerjaan-pekerjaan yang rendah dan maksiat.


Justru Allah SWT menurunkan hukum munakahat adalah untuk memberikan taraf dan pengiktirafan kepada kaum wanita dalam satu ikatan yang sah dan dilandaskan atas satu hukum (undang undang dan peraturan) yang menjaga kepentingan dan kebajikannya. Jelas, hanyalah Islam yang mengangkat martabat kaum wanita. Tetapi ironis sekali, kaum wanita Islamlah yang paling lantang menentang hukum munakahat di mana poligami turut terkandung di dalamnya.
Perkahwinan adalah satu solusi bagi kehidupan. Menyegerakan untuk berkahwin bagi mereka yang layak banyak kebaikannya.
BAGAIMANA HENDAK MEMBINA RUMAH TANGGA POLIGAMI YANG CEMERLANG
Apabila kita hendak cemerlang di dunia hendaklah dengan ilmu. Jikalau kita hendak cemerlang di akhirat hendaklah dengan ilmu. Jika kita hendak cemerlang kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu. Maka jika kita hendak cemerlang di alam poligami juga dengan ilmu. Ilmu perlu dicari, guru mesti didatangi, mentor mesti didampingi dan TINDAKAN mestilah bijak dan bertanggung jawab.
Sesiapa yang hendak berpoligami mestilah mempunyai;
1.       Mentor/guru
2.       Ilmu
3.       Kaedah tatacara
4.       Tindakan yang berpanduan dan berpedoman
Memanglah setiap lelaki yang normal mempunyai keinginan untuk berkahwin lagi. Namun ini tidak bermakna setiap lelaki merancang secara jitu untuk kahwin lagi. Amat jarang lelaki yang berkata… aku akan kahwin untuk kali kedua pada usia 30 tahun, kahwin kali ketiga pada usia 40 tahun dan kali keempat pada usia 50 tahu. Apabila kita bertanya kepada seorang lelaki kenapa ia berkahwin lagi jawapannya sering berbunyi;
Saya tidak merancang tetapi kesempatan datang, saya suka dan …. Seterusnya sejarah kedua, ketiga dan keempat pun tercipta. Apa pun sebagai seorang yang beriman, kita harus percaya setiap sesuatu adalah ketentuan dan takdir ilahi. Kita harus akur dan redha.
Pokoknya, apabila sudah berlaku, samaada terancang atau tidak…ia telah terjadi. Ia harus ditangani dan didepani dengan keimanan, ketaqwaan dan kebijak sanaan agar yang terjadi tidak menjadi TRAGEDI. Hidup mesti diteruskan. Kecemerlangan mesti diraih.
Begitulah yang terjadi kepada saya. Pada zaman muda remaja saya tergolong sebagai seorang yang anti poligami. Saya betul betul tidak faham kenapa seorang suami yang sudah mempunyai isteri perlu berkahwin lagi. Tetapi apabila situasi dan kondisi yang membuka kepada ruang dan peluang tiba, kita sekan tidak mampu menolaknya. Dan kalau itulah suratannya siapakah yang boleh menghalangnya.
Apabila ditanyakan pula kepada si isteri, adakah mereka merancang perkahwinan suaminya? Apa jawaban mereka saya belum gila lagi! Saya belum mencapai taraf malaikat! Saya perempuan normal yang ada rasa cemburu, marah dan geram sebaik mendapat tahu suami kahwin lagi. Tapi sebagai wanita muslim yang beriman, biar perit macam mana pun… saya akur, syurga di bawah tapak kaki suami. Saya belajar menerima ohhh menerima biar perit sekali rasanya.
Begitulah yang terjadi kepada isteri saya yang pertama apabila saya bernikah kali kedua. Begitulah yang dirasa oleh isteri pertama dan kedua saya apabila saya berkahwin kali ketiga.

Berikut adalah lima elemen penting yang menjadi tonggak Amalan Kesogehan ajaran Pak Kiyai. Apabila kesemua elemen tersebut digunakan dalam mengatur rumah tangga poligami, insyaallah kita akan meraih kestabilan, kemakmuran dan ketenteraman.
1.       Penyuluhan
2.       Penggugahan
3.       Pengguyuban
4.       Penekunan
5.       Pembahagian/Penyebaran

1.       Penyuluhan: Penyuluhan dari kata suluh yakni menghalakan cahaya kearah objek yang kita ingin lihat. Dalam kontaks Amalan Kesogehan ada dua jenis penyuluhan:
a.       suluh diri sendiri
b.       suluh orang lain
Gugah dalam bahasa Jawa ialah membangunkan orang yang sedang tidur. Penggugahan dalah proses membangunkan insane yang sedang tidur, lena atau mimpi. Seseorang yang berhasrat untuk berpoligami harus digugah dahulu supaya ia benar benar sedar dan tahu diri. Ia harus berjejak dibumi nyata. Ia harus berlatih bangun malam untuk sujud tunduk dan merayu di hadapan Allah SWT.
SAIDINA Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.
Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.
Ketika seorang lelaki menghitung hari dengan debaran kencang, tak sabar menunggu hari pertama dengan isteri barunya yang menunggu di kamar harum, gugahlah dia dengan satu ingatan, ingatan di mana ia akan menempuh malam pertama di alam kubur tanpa teman. Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan?
Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri – isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.
Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.
Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?
Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.
Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?



Pengguyuban adalah dari kata-dasar guyub. Ertinya rapat dan berdampingan dengan akrab. Manusia mudah terpengaruh dengan peribadi peribadi yang ada disekelilingnya. Andai kata kita lazim berdampingan dengan tukang gunjing – lama lama kita pun boleh menjadi penggunjing.
Sahabat memainkan peranan dalam pembentukan peribadi seseorang. Oleh itu  hendaklah kita memilih sahabat. Ibu bapa mesti mengetahui dengan siapakah anak-anak mereka berkawan dan bersahabat dan mengawasi pergaulan mereka di luar rumah. Peribadi terbaik yang patut kita dampingi adalah orang orang soleh. Tak kira berapa usianya, meskipun mereka lebih muda tetapi itu lebih baik berbanding orang tua yang fasik.
Suami poligami hendaklah mendidik isteri-isteri dan anak-anaknya supaya cintakan orang-orang yang berilmu, cinta kepada majlis-majlis ilmu dan menjadikan ia sebagai budaya hidup mereka. Ini dapat mengelakkan dari mereka berkenalan dan bergaul dengan orang-orang buruk perangai. Jika mereka bergaul dengan orang yang jahat kemungkinan secara tak sedar mereka mengajarkan kejahatan-kejahatan seperti mengadu domba agar isteri-isterinya bergaduh sesama sendiri.
Melalui pendampingan kita akan bertemu mentor yang baik. Seorang yang berhasrat berpoligami seharusnya mempunyai seorang mentor yang soleh di mana dia boleh merujuk atau mengadu hal dengan selamat. Selamat ertinya rahsia dan keaiban dirinya dan rumah tangganya terselamat dari dijajakan. Kerana kita memberi amanah kepada orang soleh. Mentor itu pula hendaklah mempunyai ilmu dan pengalaman yang sudah teruji dan terbukti khususnya dalam perkara poligami.
Penekunan adalah dari kata dasar TEKUN yang ertinya teliti dan bersungguh dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan. Justru seorang yang ingin berpoligami hendaklah insaf bahawa apa yang dilakukan adalah perkara besar yang menuntut ketekunan dan kesungguhan. Janganlah anggap poligami satu perkara suka suka atau cuba cuba.


Hal ini disokong oleh sebuah hadis lain; "Sesungguhnya Allah itu cantik dan indah. Dan, dengan sebab itu, Dia sukakan keindahan.." sesuatu yang indah, sempurna dan cantik hanya boleh dihasilkan melalui pekerjaan yang bersungguh dan tekun.

Betapa berhati-hatinya Tuhan dalam penciptaanNya, dapatlah kita gambarkan menerusi al-Quran sendiri. Kerapkali disebut bahawa Allah s.w.t menyusun, mencipta alam ini dalam tempoh 6 hari, 6 masa atau 6 fasa. Hal yang sama turut diungkap pada awal-awal ungkapan sebagai yang tertera dalam Perjanjian Lama.

Oleh kerana, sikap berhati-hati, tekun dan bersungguh-sungguh ini adalah sifat Tuhan ketika menciptakan alam ini, maka sebab itulah Tuhan menyukai Muslim yang suka bersungguh-sungguh, tekun dalam menunaikan pekerjaannya.

Terzahir sikap kesungguhan Tuhan itu dalam menzahirkan penciptaannya, sehinggakan Dia mempertahan kewujudan makhluk ciptaanNya yang bernama manusia walaupun keputusan mewujudkan khalifah tersebut dipersoalkan oleh para malaikat.

Penyebaran kemakmuran dengan adil dan saksama sebagaimana yang digalakkan oleh Allah SWT juga seharusnya menjadi prinsip asas bagi para pengamal poligami dalam ia membahagikan hak hak isteri-isteri dan anak anaknya.
Berdakwah adalah kerja setiap individu muslim. Bukan tugas NGO atau Jamaah muslimin semata.
Antara lain tugas para dai’ zaman ini ialah memperbetul persepsi umum terhadap poligami. Tunjukkan wajah sebenar poligami yang mengikut acuan Islam.
Seorang lelaki muslim yang muttaqin dan sejati ialah yang mempunyai harta kekayaan, rumah yang selesa, berkarisma hingga mampu mengumpulkan beberapa wanita solehah di bawah satu naungan rumah tangga muslim yang indah. 
Anak anak yang lahir terdidik adab dan akhlaknya dan berprestasi cemerlang dalam akademik dan kerjaya. Alangkah indahnya kehidupan.
·         Kasih sayang sesama adik beradik berlainan ibu – majlis makan dan rehlah peringkat keluarga
·         Kesepakatan anak anak dan isteri isteri – solat berjamaah, musyawarah, tazkirah dan taklim keluarga
·         Kecemerlangan akademik anak anak – tusyen keluarga
·         Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain – mempelajari ilmu dan kemahiran baru
·         Kestabilan ekonomi keluarga – membina perniagaan yang memakmurkan keluarga
·         Usaha yang berterusan agar punca atau faktor yang boleh menjejaskan kestabilan dan kemakmuran keluarga dapat dijauhkan.
Bahawa beberapa ulama, setelah meninjau ayat-ayat tentang poligami, mereka telah menetapkan bahawa menurut asalnya, Islam sebenamya ialah monogami. Terdapat ayat yang mengandungi ugutan serta peringatan agar tidak disalah gunakan poligami itu di tempat-tempat yang tidak wajar. Ini semua bertujuan supaya tidak terjadinya kezaliman. Tetapi, poligami diperbolehkan dengan syarat ia dilakukan pada masa-masa terdesak untuk mengatasi perkara yang tidak dapat diatasi dengan jalan lain. Atau dengan kata lain bahawa poligami itu diperbolehkan oleh Islam dan tidak dilarang kecuali jikalau dikhuatirkan bahawa kebaikannya akan dikalahkan oleh keburukannya.
Jadi, sebagaimana talaq, begitu jugalah halnya dengan poligami yang diperbolehkan kerana hendak mencari jalan keluar dari kesulitan. Islam memperbolehkan umatnya berpoligami berdasarkan nas-nas syariat serta realiti keadaan masyarakat. Ini bererti ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya demi untuk mencapai kesejahteraan masyarakat Islam, demi untuk menjaga ketinggian budi pekerti dan nilai kaum Muslimin.
Oleh yang demikian, apabila seorang lelaki akan berpoligami, hendaklah dia memenuhi syarat-syarat sebagai berikut;
Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu berkahwin tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.
Pembatasan ini juga bertujuan membatasi kaum lelaki yang suka dengan perempuan agar tidak berbuat sesuka hatinya. Di samping itu, dengan pembatasan empat orang isteri, diharapkan jangan sampai ada lelaki yang tidak menemukan isteri atau ada pula wanita yang tidak menemukan suami. Mungkin, kalau Islam membolehkan dua orang isteri saja, maka akan banyak wanita yang tidak menikah. Kalau pula dibolehkan lebih dari empat, mungkin terjadi banyak lelaki tidak memperolehi isteri.
Tujuan pengharaman ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota keluarga. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
Kemudian dalam hadis berikut, Rasulullah (s.a.w.) juga memperkuatkan larangan ini, maksudnya;
Seorang sahabat bernama Fairuz Ad-Dailamy setelah memeluk agama Islam, beliau memberitahu kepada Rasulullah bahawa beliau mempunyai isteri yang kakak beradik. Maka Rasulullah menyuruhnya memilih salah seorang di antara mereka dan menceraikan yang satunya lagi. Jadi telah disepakati tentang haramnya mengumpulkan kakak beradik ini di dalam Islam.
Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.
Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:
Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.
Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;
Keadilan juga sangat dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami terpelihara dari sikap curang yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya, diharapkan pula dapat memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta menghindarkan rasa dendam di antara sesama isteri.
Sesungguhnya kalau diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan antara para isteri, nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup menegakkan keadilan itu dengan sewajarnya.
Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadapisteri-isteri, adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk perkara yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam soal kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.
Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi;
Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;
Menurut Prof. Dr. Syeikh Mahmoud Syaltout; "Keadilan yang dijadikan syarat diperbolehkan poligami berdasarkan ayat 3 Surah an-Nisak. Kemudian pada ayat 129 Surah an-Nisak pula menyatakan bahawa keadilan itu tidak mungkin dapat dipenuhi atau dilakukan. Sebenamya yang dimaksudkan oleh kedua ayat di atas ialah keadilan yang dikehendaki itu bukanlah keadilan yang menyempitkan dada kamu sehingga kamu merasakan keberatan yang sangat terhadap poligami yang dihalalkan oleh Allah. Hanya saja yang dikehendaki ialah jangan sampai kamu cenderung sepenuh-penuhnya kepada salah seorang sahaja di antara para isteri kamu itu, lalu kamu tinggalkan yang lain seperti tergantung-gantung."
Kemudian Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shidieqy pula menerangkan; "Orang yang boleh beristeri dua ialah yang percaya benar akan dirinya dapat berlaku adil, yang sedikit pun tidak akan ada keraguannya. Jika dia ragu, cukuplah seorang sahaja."
"Adil yang dimaksudkan di sini ialah 'kecondongan hati'. Dan ini tentu amat sulit untuk dilakukan, sehingga poligami adalah suatu hal yang sukar untuk dicapai. Jelasnya, poligami itu diperbolehkan secara darurat bagi orang yang benar-benar percaya dapat berlaku adil."
Selanjutnya beliau menegaskan, jangan sampai si suami membiarkan salah seorang isterinya terkatung-katung, digantung tak bertali. Hendaklah disingkirkan sikap condong kepada salah seorang isteri yang menyebabkan seorang lagi kecewa. Adapun condong yang dimaafkan hanyalah condong yang tidak dapat dilepaskan oleh setiap individu darinya, iaitu condong hati kepada salah seorangnya yang tidak membawa kepada mengurangkan hak yang seorang lagi.
Afif Ab. Fattah Tabbarah dalam bukunya Ruhuddinil Islami mengatakan; "Makna adil di dalam ayat tersebut ialah persamaan; yang dikehendaki ialah persamaan dalam hal pergaulan yang bersifat lahir seperti memberi nafkah, tempat tinggal, tempat tidur, dan layanan yang baik, juga dalam hal menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri."
Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami. Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.
Kesimpulan dari maksud kemampuan secara zahir ialah;
Pernikahan adalah satu sunnah nabi dan merupakan antara fitrah manusia yang memerlukan kepada pasangan. Setiap makhluk ALlah diciptakan berpasangan termasuklah manusia. Oleh kerana itu manusia perlukan kepada pasangan masing-masing untuk saling melengkapi. Jika tidak, hidupnya masih tidak lengkap , tidak teratur dan banyak kekurangan.
Mawaddah dan rahmah ini muncul kerana di dalam pernikahan ada faktor-faktor yang dapat menumbuhkan dua perasaan tersebut. Dengan adanya seorang isteri, suami dapat merasakan kesenangan dan kenikmatan, serta mendapatkan manfaat dengan adanya anak dan mendidik mereka. Di samping itu, ia merasakan ketenangan, kedekatan dan kecenderungan kepada isterinya. Sehingga secara umum tidak didapatkan mawaddah dan rahmah di antara sesama manusia sebagaimana mawaddah dan rahmah yang ada di antara suami isteri. (Taisir Al-Karimir Rahman, hal. 639)

Al-Hasan Al-Bashri, Mujahid, dan ‘Ikrimah rahimuhumullah berkata: “Mawaddah adalah ibarat/kiasan dari nikah (jima‘) sedangkan rahmah adalah ibarat/kiasan dari anak.” Adapula yang berpendapat, mawaddah adalah cinta seorang suami kepada isterinya, sedangkan rahmah adalah kasih sayang suami kepada isterinya agar isterinya tidak ditimpa keburukan. (Ruhul Ma’ani 11/265, Fathul Qadir 4/263)

Kata Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, “Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah iaitu perkahwinan, maka ia akan mencari jalan-jalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam.”
Sejak British datang ke Malaysia dulu, HUKUM ALLAH pun telah mula dibuang dan digantikan dengan undang-undang yang dirangka oleh Lord Reid. Dan sistem birokrasi mula bertapak di Malaysia yang menyebabkan semakin banyak kesulitan dialami, bukan semakin menyenangkan. Apa yang saya lihat sekarang, nikah kahwin di Malaysia ini semakin sukar. Rakyat semakin sukar untuk mendapatkan mawaddah dan rahmah yang ada dalam pernikahan. Sukar oleh kerana beberapa faktor utama antaranya;
1- Undang-undang yang semakin cerewet yang membikin semakin banyak prosedur. Ambil sijil itu ambil sijil ini, kena bayar itu kena bayar ini (orang nak kahwin pun masih sempat mereka nak cari keuntungan), bukan semakin untuk menyenangkan tetapi semakin menyusahkan rakyat.
2- Pemikiran ibubapa yang berorientasikan kepada mahukan menantu yang hebat, terutamanya dari segi keduniaan. Seperti mahukan menantu yang berkerjaya besar, berpangkat, ada nama hebat dan seumpamanya. Secara ringkasnya ialah terlalu cerewet dalam memilih.
3- Masyarakat sendiri yang telah statik fikirannya yang suka mengata itu ini. Orang nak nikah secara halal pun dikomen yang tidak membina. Orang nak nikah dengan janda pun bermacam-macam tuduhan dilemparkan.
4- Tiada usaha oleh pihak-pihak atasan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan, yang masih tidak kahwin-kahwin itu.
Kita perlu tahu, keadaan di malaysia kini semakin berleluasa dengan zina, berdua-duaan bersama bukan muhrim, gejala bohsia, dating di mana-mana antara bukan muhrim dan sebagainya. Maka mengapa saya lihat pemimpin-pemimpin kita hanya memandang remeh perkara ini. Tiada yang prihatin kepada nasib manusia-manusia yang hendak sangat kahwin tetapi masih tidak dapat kahwin-kahwin. Maka saya nak beritahu kepada penguat kuasa undang-undang, bahawa itu semua tanggungjawab anda. Jika sekiranya anda makin menyulitkan lagi proses pernikahan, maka segala gejala2 maksiat itu adalah disebabkan oleh anda juga.

Islam ini mudah tetapi dipersulitkan dengan bermacam prosedur sekarang. Apa yang saya tengok, masalah tidak juga selesai, malah semakin membuatkan orang sukar untuk kahwin, semakin membuatkan orang melanggar batas-batas agama, semakin membuat rakyat tertekan dan seumpamanya. Apa gunanya membuat semakin banyak prosedur tetapi rakyat semakin ramai buat maksiat?
Kata Syaikh Hussain Muhammad Yusuf: “Hidup membujang adalah suatu kehidupan yang kering dan gersang, hidup yang tidak mempunyai makna dan tujuan. Suatu kehidupan yang hampa dari berbagai keutamaan insani yang pada umumnya ditegakkan atas dasar egoisme dan mementingkan diri sendiri serta ingin terlepas dari semua tanggungjawab”. Maka tidak mahukah kita cuba menggalakkan (bukan sahaja galak tapi bantu lah) rakyat agar berkahwin?
Apa yang saya tengok tidak juga, kerana masih banyak rumahtangga yang menemui jalan buntu yang akhirnya bercerai. Itu semua adalah soal jodoh, apa pun langkah yang kita usaha, kalau dah jodohnya panjang tetap panjang, kalau dah jodoh pendek tetap pendek, ada hikmah semuanya. Cuma apa yang saya harap, jangan pula pihak atasan semakin menyulitkan proses untuk berkahwin itu.
Mana lebih baik? Berikan kemudahan kepada mereka yang mahu berkahwin dan cuba membantu mereka ataupun membiarkan sahaja maksiat semakin berleluasa? Ini dalam keadaan rakyat tertekan pun kerajaan masih sibuk dengan pembangunan pembangunan pembangunan. Naluri rakyat yang memerlukan kepada pasangan yang halal terpinggir pun masih sibuk dengan pembangunan pembangunan pembangunan. Apa guna nya pembangunan jika jiwa rakyat kamu menderita? Apa gunanya pembangunan jika sekiranya keperluan asasi rakyat kamu tidak dipenuhi?
Nasib banyak kaum wanita yang masih tidak dapat berkahwin pun tiada siapa yang peduli. Tidak kah kamu kaji wahai kerajaan tentang bilangan wanita yang masih tidak dapat kahwin di Malaysia ini? Walaupun sudah dikategorikan sebagai berumur dan sudah layak untuk bergelar sebagai seorang isteri? Apa usaha kamu wahai kerajaan untuk berusaha mencari jodoh untuk mereka? Apa usaha kamu wahai kerajaan untuk menenangkan hati mereka kerana kamu mesti tahu, MANUSIA MEMERLUKAN KEPADA PASANGAN MASING-MASING. Tanpa pasangan, sudah tentu lah jiwa terasa kekosongan, kesepian, keseorangan dan bermacam-macam perasaan negatif lagi. Kamu berusaha keras untuk membuat pembangunan, tetapi mengapa kamu tidak berusaha keras untuk menyenang dan mengisi kekosongan hati rakyatmu? Di sini lah terlihatnya betapa kamu hanya mementingkan pembangunan material dari pembangunan rohani rakyat kamu.
Jika kamu sudah pasti orang itu agamanya elok, takutkan Allah, dan anak kamu sudah saling sayang menyayang dengannya, maka nikahkan lah mereka. Jangan tunggu sampai mereka ada rumah banglo, kereta besar, duit bertambun-tambun dulu baru nak kahwinkan mereka. Ingatlah, Saidina Ali r.a dan Saidatina Fatimah a.s hanya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi mereka tetap bahagia. Apa lagi yang bagus melainkan melihat hidup anak kamu bahagia? Saya tegaskan , bahagia bukan diukur dengan wang ringgit yaa, saya ulangi lagi, bahagia bukan diukur dengan wang ringgit yaaa. Haa ini diulang-ulang lebih sikit kepada mereka yang gila ke duit sangat tuuu!!
Dan saya kuatkan lagi hujjah dengan kata-kata sahabat ini, Ibnu Mas’ud radliyallahu ‘anhu pernah berkata: “Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka menikah daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang bujangan”. (Ihya Ulumuddin dan Tuhfatul ‘Arus hal. 20).
Jangan tunggu menantu kamu kaya atau banyak duit dahulu baru nak nikahkan mereka dengan anak kamu. Yakinlah , Allah akan bantu untuk cukupkan mereka jika mereka ikhlas berkahwin kerana Allah. Ketahuilah, apa yang penting dari sebuah rumahtangga adalah kebahagiaan. Kebahagiaan itu bukan diukur dari wang ringgit , pangkat dan seumpamanya, tetapi adalah kebahagiaan yang dirasai dalam hati seorang manusia itu. Maka jika hatinya sudah saling sayang menyayang, senang dan serasi bersama, maka nikahkan lah mereka. Semoga dengan cepat-cepat dinikahkan akan dapat mengelakkan dari berlakunya bermacam maksiat dan noda.
Oleh itu saya amat berharap pihak yang berwajib dapat menitik-beratkan perkara ini kerana ini adalah soal keperluan asasi manusia, fitrah kemanusiaan dan demi kebahagiaan di hati masing-masing. Cuba lah mengambil langkah untuk ikhtiarkan masing-masing rakyat ini mendapat jodoh masing-masing kerana saya perhatikan teramat banyak rakyat yang sudah agak berumur yang sangat-sangat ingin merasa alam pernikahan tetapi masih tidak dapat nikah terutamanya golongan wanita.
Maka kesimpulan dari apa yang saya ingin katakan di sini ialah, jika ada pasangan-pasangan yang sedang bercinta mahu berkahwin dan mereka sudah sanggup untuk hadapi apa sahaja, maka kahwinkan sahaja mereka. Tak perlu kita pula yang menjadi penghalangnya. Apa yang penting pernikahan itu pertamanya mesti berdasarkan kepada kerana ALLAH. Maka jika mereka sudah sanggup untuk berkahwin, maka apa tunggu lagi, aturkan pernikahan untuk mereka. Soal jodoh kekal atau atau tidak, bahagia atau tidak mereka itu adalah soal mereka sendiri.
Jangan kita pula yang jadi batu penghalang orang mahu bina masjid. Akibat melarang mereka berkahwin, nanti mereka buat maksiat dan dosa siapa yang nak tanggung? Anak-anak kamu juga wahai pak-pak mertua. Tak kasihankah kamu kepada anak-anak kamu? Gara-gara kamu mementingkan diri kamu untuk mendapat menantu yang hebat, agar orang semua memandang hebat kepada kamu (macam kamu sendiri pulak yang nak kahwin), akhirnya anak kamu yang jatuh ke lembah maksiat.
Adakah selama ini mereka yang banyak harta itu semua bahagia setelah berkahwin? Adakah mereka yang pergi kursus kahwin itu bahagia belaka selepas berkahwin? Adakah mereka yang berpangkat, berkerjaya besar dan segala yang gah-gah bahagia belaka selepas kahwin? Maka tepuk dada tanya iman anda.
Dan jangan menetapkan hantaran yang besar-besar bagi mereka yang tidak mampu. Ikut sahaja kemampuan mereka, jangan menyiksa dan membebankan bakal menantu anda. Yang penting mereka dapat bina masjid yang baik dan sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Dan jika anda adalah ibu bapa yang baik, maka bantulah sama anak anda untuk mengeluarkan belanja bagi pernikahannya. Semoga diredhai dan diberkati Allah pernikahan mereka. Yang penting kita buat jalan HALAL yang diredhai oleh ALLAH S.W.T, insyaAllah berkat.
Pernikahan yang sepatutnya mudah sahaja di dalam Islam dan amat digalakkan oleh Nabi Muhammad S.a.w tetapi semakin sukar dan payah untuk dilakukan sekarang ini kerana sikap dan suasana hari ini sendiri. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan lah bersama.
Melihat kepada umat Islam Malaysia masakini, di mana setiap hari kita berhadapan dengan gejala keruntuhan moral dan keboborokan akhlak anak anak muda dan para belia, siapakah yang berani membuktian bahawa poligami merupakan punca utama gejala tersebut? Tiada bukti! Bahkan berapa ramai anak anak poligami berjaya menuju puncak kejayaan dan kecemerlangan hidup. Ramai anak anak poligami menjadi doktor, peguam, arkitek, pegawai tinggi bahkan Timbalan Perdana Menteri! Ironinya, betapa ramai anak anak monogami yang menjadi penagih dadah, peragut, penyamun dan pembuang bayi. Maka monogami atau poligami bukanlah faktor penentu. Penentu yang sebenarnya ialah si PELAKU. Kualiti diri pelakulah yang akan menentukan prestasi kehidupan sebenar. Ada lelaki mempunyai empat isteri dengan dua dozen anak tetapi alhamdulillah semua anak anak mereka berhasil menjadi insan soleh dan solehah. Ada pula lelaki dengan seorang isteri dan sepasang anak (seorang putera dan seorang puteri) tapi malang na’uzubillah kedua-dua anaknya rosak. Anak lelaki masuk sekolah pemulihan akhlak, anak perempuan pula melahirkan anak luar nikah. Justru janganlah sesiapa sewenang-wenangnya membuat generalisasi.